Hanya berkongsi dan mencadangkan ape yang mampu....
Ramai yang minat dan teringin untuk jadikan Photo mahupun video sebagai sumber pendapatan sampingan juga tetap. Diringkaskan cerita , siapa yang betul2 berminat mesti memulakan langkah pertama.
Apa langkah pertama?.... apa pun boleh yang penting kearah matlamat. Tak kisahlah mula dgn mencari idea, maklumat, brg produksi, mahupun modal. Tiada alasan untuk mengatakan tidak utnuk bermula atau melangkahkan kaki kearah bidang ini.
Mula merancang, mengkaji berkaitan idea serta peralatan. Jika tiada modal, boleh sewa peralatan. Buat seberapa byk mungkin contoh hasil karya dan dipublish kepada umum dari yg percuma seperti facebook, blogspot, youtube hinggalah yang berbayar jika mampu.
Cuba create iklan di mudah.my contohnya yang sememangnya mudah mendapat respon. Dari situ kita akan melihat sentuhan marketing kita dan tingkatan skill dari masa ke masa.
Berani mula berkomunikasi dengan bakal pelanggan yang bertanya tentang info produk. Isu menaikan brand atau nama khidmat kita sangat mencabar sekali sehinggalah satu ketika kita tidak mencari pelanggan sebaliknya pelanggan akan cari kita pada ketika nama kita sudah popular dan dikenali ramai.
Insyaallah tiada yang mustahil. Usaha, berdoa dan bertawakal kunci kejayan semua...
Moga kita semua sukses dalam bidang yang telah , sedang dan akan diceburi..Amin...
Bersambung lagi berkongsi mana yang mampu pada masa akan datang.....
Wassalam
Rizal MoMok
pujanggastudio
No comments:
Post a Comment