Monday, 26 September 2011

Mencari Warga Baru Pejangga Studio

Pujangga Studio akan mula mencari krew ataupun tenaga produksi baru yang berminat bersama kami dalam meneruskan karya dalam bidang produksi ini. Bermula dengan mencari sesiapa sahaja yang amat berminat dalam bidang seni rakaman video juga photo ini seterusnya kepada yang betul2 layak untuk tag along bersama Pujangga Studio.

Pujangga Studio akan bersama berkongsi juga bertukar pengalaman serta idea kepada sesiapa sahaja yang berminat. Kami akan cuba mengumpul seramai mungkin rakan2 yang berminat untuk menjayakan sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada diri masing2.

Bermula bulan OKTOBER 2011 ini, iklan kepada penuntut  UPTA/IPTS juga lepasan SPM adalah menjadi sasaran. Remaja kreatif yang sangat berminat tidak akan di persiakan bakal penyiaran mahupun seni dan teknik yang mereka ada dalam bidang produksi. Jika Pujangga Studio boleh dijadikan satu platform untuk kita melangkah ke level yang lebih tinggi ..... apa salahnya...

Email terus ke Pujangga Studio atau sms\call dan nyatakan minat anda dalam bidang produksi ini. Tak kire kita berminat apa saja seperti juruphoto, juruvideo, juru audio, penata cahaya, penulisan script, pengarah seni, juru solek, seni persembahan dan apa saja yang terlibat dalam produksi yang mungkin anda boleh cadangkan kepada kami.

No. Tel : 0193754170 @ email : pujanggastudio@yahoo.com

Projek serta aktiviti jangka masa pendek dan panjang sedang didalam perangkaan yang membuka ruang kepada tenaga baru ataupun remaja untuk produksi ini.

3Muhaimin in Action : Damai Di Pagi Raya


3Muhaimin in action... Muhammad Nabil Muhaimin, Muhammad Haziq Muhaimin & Muhammad Zahin Muhaimin..........

One shoot di dalam kereta .... perjalanan dari i-city shah alam, dan masih di suasana Aidilfitri....

Wednesday, 7 September 2011

Pujangga Studio Di Istana Negara

Kepercayaan dan pengalaman yang tak mungkin dilupakan mahupun dipersiakan.



  









Travel shoot Ke Terengganu untuk Pengantin "Hazwan & Lynn"

Agak kelewatan meng'Update Blog' setelah berhenti untuk mood hari raya.... mana taknya acsess internet sgt terhad diluar sana.

Hari raya ke ke empat kami telah bergerak ke Kuala Terengganu utk beraksi merakam majlis Menyambut menantu client kami Hazwan & Lynn. Segalanya berjalan lancar walaupun hujan beserta angin kuat dipertengahan majlis. Tapi berjaya meneruskan outdoor shooting di tepi pantai.

segalanya dilakukan sehabis baik. Peluang lokasi yang sangat cantik tidak kami persiakan.






Saturday, 20 August 2011

Test flash animation file

Lama tinggalkan Flash ni, tiba2 je rase nak buat balik. Percubaan semula....

Alhamdulillah berjaya upload and publish.....

wassalam
Rizal momok



Friday, 19 August 2011

Pemilihan Kamera Video

Diringkaskan ayat, untuk permulaan sememangnya pemilihan kamera video bergantung pada budget masing-masing untuk membeli dan memilikinya. Namun semak capaian saiz serta quality video kamera itu untuk merakam gambar. Cadangan terbaik adalah mencari yang support HD untuk saingan dan seimbangkan peredaran teknologi videography masa kini.




Pemilihan samaada handycam, broadcast cam , dslr atau yang lain-lain tetap mengikut citarasa diri kerana mungkin mempunyai konsep tersendiri bagi menyampaikan rakaman video yang dihasilkan. Setiap jenis kamera video ada pro and cont nya tersendiri. Sebagai contoh yang biasa, DSLR menghasilkan gambar yang sangat cantik dgn film looks tetapi setiap rakaman tanpa henti hanya 12 minit maksimum. Berbanding handycam dan broadcast cam yang boleh merakam pada satu ketika dengan masa yang lama, cuma capaian gambar tidak seperti film looks yang tinggi dof nya @ bokeh nya.

Bersambung akan datang dengan software yang sesuai digunakan dalam proses video editing @ sutingan .












wassalam
rizal momok
-pujanggastudio-