Monday, 26 September 2011

Mencari Warga Baru Pejangga Studio

Pujangga Studio akan mula mencari krew ataupun tenaga produksi baru yang berminat bersama kami dalam meneruskan karya dalam bidang produksi ini. Bermula dengan mencari sesiapa sahaja yang amat berminat dalam bidang seni rakaman video juga photo ini seterusnya kepada yang betul2 layak untuk tag along bersama Pujangga Studio.

Pujangga Studio akan bersama berkongsi juga bertukar pengalaman serta idea kepada sesiapa sahaja yang berminat. Kami akan cuba mengumpul seramai mungkin rakan2 yang berminat untuk menjayakan sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada diri masing2.

Bermula bulan OKTOBER 2011 ini, iklan kepada penuntut  UPTA/IPTS juga lepasan SPM adalah menjadi sasaran. Remaja kreatif yang sangat berminat tidak akan di persiakan bakal penyiaran mahupun seni dan teknik yang mereka ada dalam bidang produksi. Jika Pujangga Studio boleh dijadikan satu platform untuk kita melangkah ke level yang lebih tinggi ..... apa salahnya...

Email terus ke Pujangga Studio atau sms\call dan nyatakan minat anda dalam bidang produksi ini. Tak kire kita berminat apa saja seperti juruphoto, juruvideo, juru audio, penata cahaya, penulisan script, pengarah seni, juru solek, seni persembahan dan apa saja yang terlibat dalam produksi yang mungkin anda boleh cadangkan kepada kami.

No. Tel : 0193754170 @ email : pujanggastudio@yahoo.com

Projek serta aktiviti jangka masa pendek dan panjang sedang didalam perangkaan yang membuka ruang kepada tenaga baru ataupun remaja untuk produksi ini.

3Muhaimin in Action : Damai Di Pagi Raya


3Muhaimin in action... Muhammad Nabil Muhaimin, Muhammad Haziq Muhaimin & Muhammad Zahin Muhaimin..........

One shoot di dalam kereta .... perjalanan dari i-city shah alam, dan masih di suasana Aidilfitri....

Wednesday, 7 September 2011

Pujangga Studio Di Istana Negara

Kepercayaan dan pengalaman yang tak mungkin dilupakan mahupun dipersiakan.



  









Travel shoot Ke Terengganu untuk Pengantin "Hazwan & Lynn"

Agak kelewatan meng'Update Blog' setelah berhenti untuk mood hari raya.... mana taknya acsess internet sgt terhad diluar sana.

Hari raya ke ke empat kami telah bergerak ke Kuala Terengganu utk beraksi merakam majlis Menyambut menantu client kami Hazwan & Lynn. Segalanya berjalan lancar walaupun hujan beserta angin kuat dipertengahan majlis. Tapi berjaya meneruskan outdoor shooting di tepi pantai.

segalanya dilakukan sehabis baik. Peluang lokasi yang sangat cantik tidak kami persiakan.






Saturday, 20 August 2011

Test flash animation file

Lama tinggalkan Flash ni, tiba2 je rase nak buat balik. Percubaan semula....

Alhamdulillah berjaya upload and publish.....

wassalam
Rizal momok



Friday, 19 August 2011

Pemilihan Kamera Video

Diringkaskan ayat, untuk permulaan sememangnya pemilihan kamera video bergantung pada budget masing-masing untuk membeli dan memilikinya. Namun semak capaian saiz serta quality video kamera itu untuk merakam gambar. Cadangan terbaik adalah mencari yang support HD untuk saingan dan seimbangkan peredaran teknologi videography masa kini.




Pemilihan samaada handycam, broadcast cam , dslr atau yang lain-lain tetap mengikut citarasa diri kerana mungkin mempunyai konsep tersendiri bagi menyampaikan rakaman video yang dihasilkan. Setiap jenis kamera video ada pro and cont nya tersendiri. Sebagai contoh yang biasa, DSLR menghasilkan gambar yang sangat cantik dgn film looks tetapi setiap rakaman tanpa henti hanya 12 minit maksimum. Berbanding handycam dan broadcast cam yang boleh merakam pada satu ketika dengan masa yang lama, cuma capaian gambar tidak seperti film looks yang tinggi dof nya @ bokeh nya.

Bersambung akan datang dengan software yang sesuai digunakan dalam proses video editing @ sutingan .












wassalam
rizal momok
-pujanggastudio-














Sunday, 14 August 2011

Shooting Damai Di Pagi Raya

Proses shooting Video Clip Damai Di Pagi Raya telah selesai, proses editing pun telah sampai ke peringkat terakhir..... Moga semuanya berjalan lancar dan sukses utk semua.... TQ kerjasama dari Kumpulan Damai dan semua yang terlibat dalam pembikinan VC ini...
Dipaparan screen LCD 5D Mark II
Sempat photo session

Standby for next action
Merenung Ilham dan idea...

Sahabat merealisasikan idea

Damai

Damai di Titian

Bersama Fly Cam

Gambar kenangan

Preview pun dah suka... lom siap lagi tuuu...
minum dulu.....

Dibawah teratak..

Awas kepala!!!

lower angle

wide shoot

chorus part

Friday, 12 August 2011

Layan youtube video



Senyum je tengok.... 
Statik shoot... 
but sgt2 kreatif..... 
nice... enjoy.......

that's all...



5d Mark II


Sambil melayari mencari info , terjumpa tentang gadget 5d ni.. canon 5D Mark II dalam bentuk FLASH DRIVE 4gb yang dikatakan ada dijual di ebay.. Katanya dijual dengan harga 100usd, so kalau dalam matawang Malaysia, RM 3++.. memang menarik sangat, tak sangka pula ada barang yang macam ni.. Rasa macam nak satu jek, hehe.. So apa lagi, siapa yang berminat, survey lah ebay untuk mendapatkannya..

Body 5D Mark II adalah penutupnya manakala lens EF 24-105mm f/4L IS USM adalah Flash Drive nya..

Thursday, 11 August 2011

Pantun Budak Video Untuk Blogger

Mencari kamera mengikut budget
Duit habis puas tak pasti
Ramai blogger punyai target
Luahan tercoret follower menanti

Photo Karya video pun karya
Idea tercetus kamera menanti
Sentiasa update selagi terdaya
Kerap dilayari senanglah hati

Keliling majlis merakam aksi
Agar ditatap hari ke hari
PC & Laptop tetap disisi
Timbul tenggelam si matahari

Framming dijaga angle dicari
Kreativi unik menambah seri
Catitan punyai nilai tersendiri
Moga sukses dan terus dilayari

wassalam

Cetusan Rizal MoMok
Pujangga Studio

Memulakan Perniagaan Photo @ Video

Hanya berkongsi dan mencadangkan ape yang mampu....

Ramai yang minat dan teringin untuk jadikan Photo mahupun video sebagai sumber pendapatan sampingan juga tetap. Diringkaskan cerita , siapa yang betul2 berminat mesti memulakan langkah pertama.

Apa langkah pertama?.... apa pun boleh yang penting kearah matlamat. Tak kisahlah mula dgn mencari idea, maklumat, brg produksi, mahupun modal. Tiada alasan untuk mengatakan tidak utnuk bermula atau melangkahkan kaki kearah bidang ini.

Mula merancang, mengkaji berkaitan idea serta peralatan. Jika tiada modal, boleh sewa peralatan. Buat seberapa byk mungkin contoh hasil karya dan dipublish kepada umum dari yg percuma seperti facebook, blogspot, youtube hinggalah yang berbayar jika mampu.

Cuba create iklan di mudah.my contohnya yang sememangnya mudah mendapat respon. Dari situ kita akan melihat sentuhan marketing kita dan tingkatan skill dari masa ke masa.

Berani mula berkomunikasi dengan bakal pelanggan yang bertanya tentang info produk. Isu menaikan brand atau nama khidmat kita sangat mencabar sekali sehinggalah satu ketika kita tidak mencari pelanggan sebaliknya pelanggan akan cari kita pada ketika nama kita sudah popular dan dikenali ramai.

Insyaallah tiada yang mustahil. Usaha, berdoa dan bertawakal kunci kejayan semua...
Moga kita semua sukses dalam bidang yang telah , sedang dan akan diceburi..Amin...

Bersambung lagi berkongsi mana yang mampu pada masa akan datang.....



Wassalam
Rizal MoMok
pujanggastudio

Monday, 8 August 2011

Test 1 : Statik Shoot

Contoh test 1 : Statik Shoot

Assalamualaikum....

Seperti yang dicadangkan pada post terdahulu, bagi permulaan asas videographer dan teknik shoot yang mahukan hasilnya kemas dan like "profesional look" .... amalkan shoot yang tidak bergoyang atau statik shoot. Contoh yang dihasilkan adalah cadangan statik shoot yang mana kita focus pada apa yang ingin dirakam dengan gaya statik atau tidak mengerakkan camera. Mantapkan dan displinkan diri untuk teknik ini sebelum ke skill seterusnya yea....

Tambahan kretiviti seperti yang selalu saya maklumkan adalah bonus kepada persembahan video yg menunjukkaan keunikan sesuatu video.

Teknik2 lain akan kite kongsi dan cadangkan disini pada masa akan datang seperti tracking shoot, fly shoot dan juga teknik editing serta software2 nya.

-rizal momok-
pujanggastudio

Sunday, 7 August 2011

Berkongsi Skill , Idea, Petua, Pengalaman (Teknik Video)

Heheehehe... tetap nak berkongsi walaupun tak terer mana. Hope membantu kengkawan yang berminat dengan bidang ini. Ramai yang mungkin tidak bersetuju apa yang nak disampaikan cuma harapan yang jelas moga lebih ramai yang mendapat manfaat dari info ini walaupun sedikit.

Teknik videografi sebenarnya tidak lah susah mana ,cuma kite perlu terus mengkaji dan belajar. Mungkin ada kreativiti yang tersimpan dan terpendam tetapi dapat lagi di realisasikan dalam bentuk visual. Kekemasan penting dalam persembahan video dan bagi saya kretiviti adalah bonus yang menunjukkan keunikan video kita.

Kini amat banyak channel utk kite ketengahkan hasil video kite seperti youtube, vimeo, facebook, blog dan lain2 lagi. tak macam zaman sebelum 2002.... tahun2 di universiti dan sek men dulu.. hehehehe....

Kita akan berkongsi dan terus berkongsi tentang video dan teknik disini selagi mampu dan terdaya.

Akan cuba juga kerap update dan upgrade dengan info2 berguna untuk semua... Insyallah.....

selamat berpuasa...

-rizal momok-

Thursday, 16 June 2011

Gambar Itu Akan Berbicara


Setiap masa kita mencari sesuatu kelainan agar hasil yang kita pamerkan menjadi satu dalam sejuta... namun sedikit tips yang telah saya cedok guna - biar gambar tersebut yang berbicara - Jangan takut untuk gambar anda diterjemahkan oleh orang lain kerana hasil seni adalah begitu subjektif.  Teruskan berkarya dengan hiasan alam, anda pasti akan melihat hasilnya apabila ianya menjadi bahasan segenap lapisan.

Thursday, 9 June 2011

TIPS ASAS VIDEOGRAFI : Untuk nampak profesional ( Profesional Looks)

Berkongsi Tips Kali ini :

TOLONG LAH JANGAN GEGAR !!!

Sememangnya nampak remeh, tetapi jika dipatuhi kita sama-sama akan nampak kelainan pada hasilnya dari yang sebelum. Bagi rakan-rakan yang baru bermula dalam bidang videografi ini, teknik statik atau 'kaku'kan posisi kamera anda untuk satu satu angle pada satu moment amat membantu kita dalam menghasilkan video yang kemas dan cantik.

sambung lagi nanti dengan tips yang ringkas dan padat....


-rizal momok-

Perasaan Sebelum Beraksi (part1)

Semangat kebiasaannya sememangnya berkobar-kobar setiap kali hendak turun ke lokasi penggambaran atau majlis yang akan dirakamkan. Tatkala tiba rasa gemuruh pasti timbul diikuti rase ingin lakukan yang terbaik kali ini. Pandangan akan melilau menandakan pemerhatian serta target bersedia dicari sekaligus camera telah sedia untuk beraksi.

punch card tanda datang kerja dengan bertemu dan sekurang kurangnya say "hai" pada tuan rumah, majlis, pengantin mahupun penganjur adalah wajib bagi mengkalkan sistem komukasi yang baik dengan mereka yang telah memberi kepercayaan kepada kami utk khidmat ini. 

Wednesday, 8 June 2011

Kata Pengenalan Pujangga Studio

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Janggal rasenya nak memulakan bicara, kerana dapat bayangkan displin diri yang perlu dipertingkatkan dalam proses mengupdate blog ini. Memang agak lambat utk memulakan catatan blog ini tetapi masih belum terlambat utk mencuba dan mencoret apa yang telah , sedang dan akan dilalui....